Tips Last Minit Kepada Pelajar SPM
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada
hari ini, saya ingin berkongsi pasal tips-tips yang perlu diketahui
oleh para calon yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi. (Ayat skema
macam apaa!)
Saya
nak share apa yang saya buat kalau tinggal sebulan lagi mau SPM. Last
year kan saya ambil SPM. So masih ingat la apa yang perlu kena buat.
Kalau dapat setiap subjek la mau buat penerangan.
MULA!
1. Bahasa Melayu
Ok!
So serius ini subjek sangat bonus kepada anda. Sebab memang sudah jadi
bahasa seharian. Kalau saya last minit sudah, saya pergi cari la
soalan-soalan negeri lain pasal soalan yang Komsas tu. Sebab tu yang
paling perlu banyakkan latihan. Mesti score banyak sana. Full mark free
jak boleh dapat.
Kalau
karangan tu, cikgu saya bagi nasihat sebolehnya jangan buat cerita la
sebab semua orang ada 'taste' yang berbeza, nanti kalau pemeriksa tu
boring? Huh. Tau2 jak laa markah dia camna. So better buat karangan
FAKTA! Sebab isi kandungan dia senang diolah. Dan seperkara yang paling
penting, karangan tu mesti ada pepatah, peribahasa dan yang sewaktu
dengannya. Kalau nak mulakan sesuatu karangan tu, perlulah guna ayat
yang bombastik!
Contoh:
Marcapada, Dewasa ini, dan banyak lagi! Ayat first bagi karangan tu
perlu mantap! Kenapa? First impression paling penting untuk dapat markah
tinggi dari pemeriksa. Ingat! Bukan kita yang mau baca! Kalau mau dapat
result gempak macam saya, mesti la buat lain dari yang lain. Kan. Ayat bombastik yang dimaksudkan bukanlah sampai ayat-ayat tu berbelit.
Contoh ayat smart: Sudah terang lagi bersuluh, kita sering bla2......
Kalau
buat satu ayat panjang la! Cari lah sendiri! Itu jak la kalau BM. Yang
penting karangan mesti ada peribahasa.! Ok? Mr. Google ada.
2. Bahasa Inggeris
Seriously,
ini subjek sangat lah senang kalau tau taktik dia. Camna saya buat
dulu? Before SPM, saya cari karangan cerita yang mantap. Buku Chicken
Soup tu sangatlah banyak telampau cerita yang sedih. Better cari cerita
yang sedih. Kalau BI pula lain. Fakta tak best sangat. Tapi cerita yang
best. Time SPM tu, hafal satu karangan berbentuk cerita. Tapi make sure
cerita tu best, sama ada lawak, sedih, gembira dan sebagainya. Tapi
kalau combination all those stories mesti mantap kan. Cari cerita?
Banyak di internet, majalah-majalah BI, buku rujukan. Just ambil satu
karangan yang dirasakan mantap! Pastu hafal, write down on the paper!
Finished! Macam tu la buat time SPM. Dan kalau mau markah mantop, mesti
lah juga masukkan idioms.! Word connecters dilupa jangan. DuH! MUET. Ok?
3. Mathematics
Subjek
paling diminati. Tiada cara lain untuk score subjek ini melainkan buat
latihan banyak. Past year Querstion tu buat.! Sebab biasanya
soalan-soalan bukannya susah sangat. Serius! Minat! Soalan-soalan negeri
lain tuu banyak! Minta jak dekat cikgu-cikgu sekolah. Kalau tak faham,
tanya kawan yang pro dalam subjek ini. Ok? Tu jak cara dia, melainkan la
kalau kamu ni Genius.! Latihan! Latihan. Latihan! InsyaALLAH A sudah
dalam genggaman.
4. Sejarah
Kalau
sesiapa yang tidak minat sejarah mungkin ini suatu yang malang! Dia
akan mengulangi kesilapan. Macam kena tulis di buku sejarah tu. Kan2.
Sejarah, no doubt! Perlu hafal. Buat latihan soalan-soalan negeri lain.
Terutamanya Terengganu, Kelantan dan yang sama waktu dengannya. Tanya
lah kawan-kawan pasal soalan ramalan. Tapi saya dulu mana percaya
ramalan-ramalan semua ni. Baca jak semua. Tapi before SPM, cikgu ada
bagi tajuk-tajuk yang HOT. So, memang itu lah juga yang keluar! Kalau
cikgu yang bagi, baca itu! Dahsyat.! Itu juga yang keluar tu. Takkan
cikgu mau bagi ajaran sesat kan.
Cara
jawab? Soalan esei mesti dalam bentuk esei/karangan. Kalau buat point,
for sure, you'll get half mark only! Kalau dah blank sangat pun, tulis
saja apa yang terlintas. Sometimes, kalau kita black out dan tak tahu
apa yang perlu ditulis, camna mau buat? Sebulan ni, baca lah buku! Pastu
kalau soalan bahagian A tu, kalau macam dia minta jawapan dua atau
tiga.
Contoh:
Apakah pekerjaan masyarakat Mesir Purba? Dia minta dua. Tapi jangan
jawab dua saja, sebab dalam skema tu banyak jawapan diberikan. So just
tulis apa-apa yang berkaitan. Melainkan kalau dah sure, tak payahlah mau
kasi tulis banyak-banyak.! Conclusion, untuk sejarah, perlu baca!
5. Pendidikan Islam
Ok!
Ini antara subjek bonus juga! Tapi sayangnya saya dapat A sahaja.
Mungkin over confident kali! Bongok! Tensyen untuk PAI! Untuk PAI, perlu
lah juga baca diikuti dengan amalan. Haha! Share pasal cara jawab jak
lah.
Mesti! Nombor soalan perlu ditulis! Dan setiap soalan tu mesti ada kata kunci dia. Apa tu kata kunci?
Contoh: Berikan hikmah tidur. (Tiada dalam silibus, OK?!)
Cara jawab: Antara hikmah tidur adalah:
1. tidak mengantuk
2. ketenangan
Contoh lain: Jelaskan dua bentuk perut manusia.
Cara jawab: Bentuk-bentuk perut manusia adalah:
1. Bujur
2. Boroi
3. Bulat
Bagi seberapa banyak yang mampu!
Tapi kalau macam dia minta dua, bagi ja seberapa banyak, maksimum 8! Biar paper habis.
Kalau
dia minta perbezaan, buat dalam bentuk table. Satu column tu untuk
kebaikan satu lagi keburukan. Dan kalau mau jawab, jangan buat dalam
bentuk ayat kecuali kalau soalan minta maksud ayat. Kata kunci perlu
ada! Dan ayat hafazan tu wajib hafal!! Markah paling bonus! Senang
sungguh kalau hafal! Serius. SPM bukan susah!
6. Pendidikan Moral
Saya tidak ambil. Tapi kawan yang non-muslim ada yang ambil. Camna diorang buat? Mesti! Macam PAI juga. Mesti ada kata kunci.
Contoh: Apakah maksud kerjasama?
Cara jawab: Kerjasa bermaksud...bla bla bla. Panjang kan tuu.
Dan
satu, mesti hafal benda tu! Wajib. Semua mesti dijaga. Tatabahasa.
Moral pun macam BM juga. Tak leh straight forward jawab. Mesti ada kata
kunci. So, hafal lah benda-benda yang patut! Sory sebab saya tidak ambil
moral. Hehe!
7. Add Maths
Macam
maths juga, memang subjek kegemaran saya.! Ok. Paling simple la kalau
add maths, kamu buat soalan past year tu! Sebab ikut pengalaman,
bukannya ada beza sangat pun. Paper 2 la. Kalau bahagian A tu wajib kan
buat semua. So wajiblah kuasai semua tu. Bahagian B, kamu fokus dengan
part yang kamu minat jak. Mungkin circle. Mungkin coordinate geometry.
Kalau masa sebulan ni, tak yah nak susah-susah pi belajar semua benda.
Fokus pada yang kamu minat saja! Bahagian C pula lagilah senang. Sebab
jawab dua daripada 4 soalan. Kamu pilih betul soalan yang kamu mau jawab
nanti SPM. Serius! Bukan susah! Dan sekarang bukan masa untu cover
semua benda. Fokus dengan topik-topik tertentu saja.! Ok? Saya dalam
masa sebulan ni jawab past year question saja. Sebab bukan banyak
perbezaan pun kena tukar untuk setiap tahun! Sampai hafal sudah
soalan-soalan. Past Year Question! Sekali lagi. Fokus topik tertentu.
Jangan menggelabah.!
8. Chemistry
Sebab
saya minat, so. Dapat lah jugak. Kalau kimia, perlu faham! Sebulan ni
apa saya buat ar? Share ilmu yang ada. Buku rujukan yang saya guna ialah
Longman! Sebab best gila! Camna ek mau jawab kimia? Sebab saya dulu
skul asrama, so senang lah mau tanya-tanya dan ditanya. Yang penting
kamu pegi jawab soalan-soalan negeri lain.! Macam biasa, paling hot
soalan di Terengganu dan Kelantan. Tapi jangan lah percaya sangat, nanti
tiada yang keluar, jangan pula salahkan saya. Paper 3 la. Bahagian yang
buat experiment tu, hafal apa yang patut. Kalau kimia banyak yang perlu
dibuat. Bukan mau menakutkan, tapi ya la. Banyak.! Sebulan ni pegi la
bjumpa kawan-kawan yang hebat dalam subjek-subjek tertentu. Takkan
diorang tak nak tolong kan?! Kimia, jawab soalan-soalan negeri lain.
Jawab dalam bentuk point!
9. Biology
Bio,
macam sejarah, perlu faham dan hafal. Macam saya, time SPM baru mau
menghafal! WTH! Syukur dapat gak walaupun tak seberapa. Hafal dan terus
hafal! Sebulan ni kurangkan lah aktiviti bersukan. Sebab SPM sekali jak.
Kalau jawab bahagian esei tu, lebih baik buat dalam bentuk point.
Supaya memudahkan pemeriksa tu menanda kertas kamu! Baca! Baca! dan
Baca!
10. Physics
Kalau
fizik, dia pasal logik kan. So perlu fikir logik untuk jawab semua tu.
Jawab pun mesti dalam bentuk point! Paper 2 bahagian B dan C tu
sangatlah main hentam jak jawab! Tapi sekali lagi jawapan mesti la
logik! Fizik, faham, hafal maksud certain topic dan think logically!
Keseluruhan
Peribahasa BM dan BI. Kata kunci. Jawab dalam bentuk point bagi Kimia, Biologi dan Fizik.! Itu jak lah.
Interesting part
Kalau
di sekolah mungkin lah kan 80 baru dapat A, 90 A+, 39 G. Tapi kalau SPM
bukan macam tu, sebab dia ikut keseluruhan pencapaian pelajar tahun
tu.
Biasanya
paling obvious, ada orang sentiasa markah pun macam siput untuk add
maths, tiba2 SPM dapat B, A dan sebagainya. Tapi sini saya mau membuka
peluang la supaya bersemangat!
Kalau
SPM, mungkin 80 dah A+, 60 dah A-, 40 dah D, dan 35 sudah E. Jadi
kegagalan tu bukanlah mudah untuk dapat! Hehe. Kejayaan lebih mudah.!
Sebab tu la mungkin kementerian berhentikan pemberian biasiswa kepada
pelajar SPM. Sebab markah tidak fair. Haha!
Bagi contoh lah.
Add Maths. Sebab sentiasa gagal. Ikut tips yang saya bagi atas tu, then.
Contoh:
Paper 1 - dapat lah juga 40. Ok lah tu! Paper 2 - dapat lah juga 40.
Total 80. Total percent dapat lah juga 44%. Nah! Kalau di skul ofkos lah
dapat E. Tapi kalau SPM, 44% tu mungkin lah boleh dapat C sudah!!!!!!
Bukan apa, tapi just bagi sinar harapan bahawa semua orang boleh berjaya!
So target lah awal2! Kalau boleh mesti lah dapat markah tinggi kan.
Contoh:
BM - 65% (B+)
BI - 65% (B+)
SEJ - 65% (B+)
PAI - 70 (A-)
MATHS - 65% (B+)
ADD MATHS - 60% (B)
KIMIA - 60% (B)
FIZIK - 60% (B)
BIO - 60% (B)
Contoh
lah kalau kamu dapat camni kan. Untuk result di sekolah, mestilah tak
dapat A kan. Tapi trust me!!!! Gred tu berdasarkan graf! So ada harapan
untuk dapat A semua!!!!!! InsyaALLAH!!! Just bagi harapan!
Penutup
Semua
tu berdasarkan pengalaman.! Dan saya just share apa yang saya ingat.
Nak copy print sebar boleh! Dipersilakan! Asalkan hati anda gembira!
Kalau ada apa-apa lagi tips yang kamu mau, just comment ok?!
Kalau ada apa2, just inform ok! I'll do my best!
Wassalam. !!