Sabtu, 29 Oktober 2016

RESEPI ROTI JOHN GARDENIA

RESEPI ROTI JOHN GARDENIA


 Bahan-bahan:

-6 kpg roti gardenia
-3 bji telur gred A
-2 kpg daging burger
-segenggam kubis hiris nipis
-daun bwg, daun sup 1sb (agk2 je)
-bwg bsr stgh bji potg dadu
-cili bsr ikut suka nk byk mana
-halia sagat 1sk
-perasa
+ utk topping boleh buh cheese, sos, timun, tomato, ikut kreativiti msg2

 Cara-cara : 

 daging burger yang dihancurkan

 campurkan daging dengan telur

 masukkan semua bahan

(Ikut seperti dalam gambar yee)



 Selamat mencuba yaa

Resepi Risoles Sedap

RESEPI RISOLES





BAHAN-BAHAN UNTUK INTI :
 
400gm daging/ayam kisar
400gm/5biji kentang size sderhana kecil
2biji bawang besar
5biji bawang putih

3sdt serbuk lada hitam kasar


1-1  1/2cwn air
1sb tepung jagung
(bancuh dgn sdikit air)
2-3sdt garam halus
1sb gula


CARA - CARA MEMBUAT INTI  : 

potong dadu ubi kentang dan bawang besar

Cincang halus Bawang putih 
 
 Tumis bawang putih sampai garing

Masukkan daging/ayam kisar..kacau sampai berubah warna/daging masak

Masukkan ubi kentang dan bawang besar. Masukkan air..masukkan lada hitam.

Kacau sekejap sehingga air hampir kering masukkan garam, gula dan perasa jika suka..

Bila air dah hampir kering.masukkan bancuhan tepung jagung.
 
Kacau sehingga inti sedikit pekat.

tutup api dan sejatkan dlm bekas berlubang utk kluarkan lebihan cecair dan minyak.
 
 CARA-CARA MEMBUAT KULIT : 
 
 



Bahan2 seperti dlm gambar.
Kisar smua dan tapis.
Kepekatan agak2 boleh dilenggang, jgn terlalu pekat atau terlalu cair..
*sy slalu guna tepung cap bunga cempaka utk kulit, guna brand lain kulit mudah koyak..
Masak guna api sderhana perlahan..
Xperlu terbalikkan kulit.
 
 

cara-cara untuk mengulung


Dah siap balut boleh mulakan proses menyalut.
Telur & serbuk roti.
 
 
dah siap boleh lah goreng..
 
 
makan panas dengan mayonis & sos cili mmg sedapp.. selamat mencuba

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup 





Bahan²:

 
1 kilo sotong - bersihkan, buang kulit hitam bahagian luar, potong bulat, cuci dan toskan.
Tambahkan dengan 2sudu besar cuka epal, gaul hingga rata kemudian ketepikan
.
*tujuan menambahkan cuka epal adalah utk mengelakkan sotong dari meletup ketika menggoreng. Xperlu susah2 lap sotong guna tisu atau tuala. Kompem xmeletop..
10 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil serbuk cili
jika suka
Garam
Serbuk kunyit

*Gaul sebati semua bahan di atas
Dalam bekas lain pukul 2biji telur hingga kembang


Cara²:



1.Ambil sotong tadi campurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit lada hitam dan lada sulah. Gaul hingga sebati.
2.Panaskan minyak di dalam kuali hingga cukup panas, masukkan sotong dalam bekas telur kemudian golek2kan sotong dalam bekas tepung, pastikan semua bahagian sotong bersalut dengan tepung.
3.Setelah itu, masukkan sotong satu persatu di dalam kuali, jgn masak terlalu byk dlm satu2 masa supaya suhu panas minyak cukup utk merangupkan tepung salutan tadi. masak hingga keperangan di dalam api sederhana besar.
4.Angkat sotong guna penapis besi dan toskan di atas tisu dapur.
5.Kaut semua kerak2 tepung untuk mengelakkan menjadi hangus. Goreng hingga habis.
Sos pencicah: (kalau nk buat)
3sudu besar sos thai
1sudu besar mayonese
Gaul sebati sos, tabur dgn bijan jika suka.

Resepi Ayam Bakar Cili Padi

Resepi Ayam Bakar Cili Padi

 
 
Bahan-Bahan :

1 ekor ayam
Garam dan gula @ madu secukupnya
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit kicap

 
Bahan kisar :

1 btg serai
4 ulas bwg putih
5 ulas bawang kecil

10 tangkai cili padi (leh adjust lau nak tambah pedas)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

1 biji kiub ayam (lau xmau guna leh ganti belacan)
Sedikit minyak (saya guna olive oil)
 { semua bahan ni kisar atau tumbuk}
Cara-Cara :
- campur bahan kisar ngan sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula @ madu. Sapu pd keseluruhan ayam dan perap 1 jam atau semalaman dalam peti ais
- bakar dalam oven guna api atas bawah, suhu 200 c selama 45 minit atau 1 jam. Bergantung pd oven memasing. Tgok2 api, jgn kering sgt. Biar isi ayam tu lembab2 sikit. Leh gak bakar guna kuali ajaib, 
 pandai2 adjust api.
 



kredit : rarra sakura





Jumaat, 28 Oktober 2016

Review Baek Cafe | 21oct2016 in my memory

hye good nite guys

actually aku baru balik, tak mandi pun lagi khahaha sampai rumah masuk bilik terus melompat atas katil.. letih sikit mybe sebab semalam tak tidur kodd sampailah sekarang niee

ishhh apa lah nak jadi hehehe.. semalam my bestie ajak hang out sebelum SPM nie.. nak relex2 tension semua tu.. so petang tak di dalam pukul 5:30 p.m terpacak lah aku kat depan rumah my bestie nie haaa.. janji memang kol 5 :30 pm so aku btol2 sampai rumah dia pukul 5:30 pm.. aku tak suke orang tunggu2 aku nie.. aku mmg seorg yg tepati masa..  cewahhh hahaha so sesiapa2 yang nak keluar dengan aku make sure korang cermin diri dulu korang nie tepati masa or x.. aku tak suke tunggu orang & aku tak suka orang tunggu aku.. kau lambat 1 saat pun aku punnye moody tu sampai esoknya pun aku still tak layan kau.. 

mula2 kita orang plan nak pergi skynet.. mula2 lahh tapi bila nampak pasar malam..

OK!!! Pasar malam!!

hahahaha terus lupa plan pertama takdi tu..then kteowg pn jalan2 cari makan sampai tak sedar dah nak pukul 7 p.m.. syok tengok  sotong raja cruch.. meleleh ayaq liur tau.. fuhhh merecikkk tapi tak beli pun mahal bakhangg selidi tu rm8:50 koddd da laa satu jee sotongnya , kecik pulak tu.. aku mmg fikir 10 20 kali laaa nak beli or tak.. tapi my bestie beli 1.. hishhhh tak sayang duit beb.. tapi dia beli bagus jugak boleh lah tumpang sekaki khahahaha... bila makan tu aku feeling2 laaa mcm dlm cerita hindustan, pusing2 kat pokok khahaha bila masuk mulut terus terbelik mata aku.. Masin gileee macam lori garam tumpah beb.. my bestie boleh lagi cakap sedap.. aku tanya dia tak rasa masin ke dia cakap okay jee.. fuhhh bahaya2 benda punnya masin dia boleh cakap ok jee.. mana tak kene penyakit suka sangat makan masin2.. tapi nasib lah aku tak beli.. hampir nak beli sebenarnya tapi berjaya buang jauh2 mood nak beli tu.. ishh syaitan2 menghasut sungguh.. 

dah puas berjalan2 kat pasar malam tuu terus kitaorang gerak pergi "BAEK CAFE" ada jugalah terbaca kat facebook kat cafe nie jual chiken chop murah sedap pulak tu.. memang dah lama niat dihati nak pergi daripada dulu lagi tapi baru harini dapat pergi.. jauh jugalah daripada rumah ke sana 45 minit kodd.. itu lalu jalan dalam tau if lalu jalan luar maybe lagi cepat.. tapi disebabkan aku nak hirup udara kampung aku masuk juga lah jalan dalam itu khekhekhe.. ohh yaa Baek Cafe nie lokasi dia dalam kampung tau.. mmg feeling macam balik raya pulak hahaha.. sejuk jeee.. masa kitaorang sampai tu tak ramai pun orang so jln lenggang2 dulu.. khahahaha Baek Cafe nie pekerja2 dia peramah jee.., servis pn bagus.., makanan cepat sampai., bersih.. ,
mmg terbaik laaa..

Masa nak open menu tu aku jadi macam orang kene kejutan elektrik.. mmg murahh beb !! aku order 1 jungle burger & 1 jus apple.. my bestie 1 chiken chop and 1 sirap laici.. tunggu punnya tunggu akhirnya makanan kita orang pun sampai tak sampai 10 minit pun tunggu mmg laju gilee hehehe 



nampak menyelerakan betull ishhh bnyk pulak tuuu fuhhh merecikk

haa nie laa my bestie.. kalau dia tahu aq snap gambar dia nie mati aq khahahaha

jungle burger & chiken chop


Menu kami hehehe

  
jus apple & sirap laici  


malam nie kteorg kenyang btol laaa.. sedap pun sedap.. apa2 pun saya bagi semua bintang kt langit tu untuk kedai nie khehehehe lepas nie mmg dtg lagi.. tapi kedai nie bukak pukul 6 petang tau.. so klu korang dtg awl sebelum pukul 6 petang tu better kau blik sambung tdo dulu hahaha.. mse aq pergi tu xde arr rase seram sgt.. balik tu seram gelap gilerr.. da laa naik moto.. anak dara cun2 pulak tu.. ishh bahaya2.. khahaha

masa kitaowg otw balik tuu.. kteorg singgahlah kat dataran kembara.. my bestie ni nak main benda  nie haa aq lupa nama dia apa..
ambik yg setengah jam jee.. rm10.. kalau 1 jam rm20.. okay laa kn berbaloi.. tempat nie bukak mlm tau.. so boleh laa ajak anak2 ke... kalau org tua nak main jugak pun boleh.. masa aku g hari tu , ada pakcik tuu main benda nie.. maybe dia xpndai imbangkan badan terus jatuh.. fuhh sakit beb..aq tengok pun da thu sakit giler nie apatah lagi yg rasa.. hahaha

dah habis main tuu, kteowg terus gerak ke depan KFC tu.. kt depan tu ada pasarr karat.. ada jual kasut sukan.. murah2 jee.. lepastu ada laa mcm2.. antaranya dum sum.. ehhh btol ke nama dia? hahaha hentam je laaa.. RM5 jee tau murahh gilerr sedap pun sedap.. aku pn baru first time makan.. selama nie kalau pergi just jeling2 jee xde niat pun nak try khehehe.. tp tu laa menyesal xtry awl2.. mmg sedap gilerr.. org yg jualnye semua abg2 ensem tau.. ehh ensem ke?? khahaha jgn puji karang melambung dia khahaha.. abg2 tu baik je.. peramah.. sporting.. boleh ajak bergurau.. ajak gaduh pun boleh hahahaha nasib laa abg yg jual tu xbaca blog aq.. kalau x mati aq khahaha.. HALAL ke? jangan risau mmg halal.. orang melayu yg jual.. di ambik stok kat JB.. mne aku tahu dia ambik stok kt JB? kawan aq yg tanya so aq dengar je laa.. khaha..



dah puas jalan2 tuu kitaorang pergilah pantai.. saja jln2.. tengok pantai.. hirup udara segar.. mmg ramai orang kt pantai.. syokkk jee
pantai kat sini mmg betul2 ada kat dataran sultan nie tauu.. nx ambk gambar kee apa2 kee boleh je.. kalau dtg petang2.. korang boleh naik kuda.. tapi sediakan duit laa cukup2 khehehe.. kat sini petang2 pun ada jual makanan mcm keropok, air macm2 laa.. kalau nak mkan stemboot , btol ke aq eja? hahaha korang pergi kedai kat hujung.. jln terus jeee nnti jumpa la kedai mkn tu.. senang jee nak jumpa, kalau nak makan ABC ke cendol kee ada jee kat area situ jugak.. depan kedai stemboot tu haa.. mmg xsusah nak cari.. kalau nak jalan kaki pun sampai dlm 10minit mcm tu. kalau masa korang jalan2 tu korang pengsan kee.. haaa xpyh pening2.. depan kedai stemboot tu ada hospital khehehe.. so mmg sempurna kn? hahaha kalau rasa panas, nak mandi tu terjun jee dlm laut tu.. kalau lemas kau tanggung sendiri.. sebab xde orang mandi kat pantai depan tu.. kalau nak mandi manda aku cadangkan pergi air papan.. haa situ mmg syok mandi.. hehehehe

okay itu je lah untuk hari nie.. nanti aku buat lagi entry yang menarik apa yg ada kat tempat aku nie..  talk soon daaaaa..

Ahad, 9 Oktober 2016

Acc bikin aku giler

arhhhhhhh

arhhhhhhhhhhhhhhhhh

arhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

nak nangis rasa bila aku fikir pasal perinsip akaun

sumpahh sedihh huhuhu

tak sanggup daa..

kalau boleh lepas habis spm aku tak nak terlibat dengan apa2 yg berkaitan dngan akaun

serik!!

aku tak tahu lah soalan akaun yang giler atau aku yang terlampau bodoh..

sumpah aku pun tak tahu ..

penat dahh!!

fuhhh nasib baik tahap kesabaran masih ada

hati masih cekal untuk terus study akaun

semoga allah permudahkan segalanya..

amin~~

Sabtu, 8 Oktober 2016

Cara study last minit untuk SPM!

Tips Last Minit Kepada Pelajar SPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari ini, saya ingin berkongsi pasal tips-tips yang perlu diketahui oleh para calon yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi. (Ayat skema macam apaa!)



Saya nak share apa yang saya buat kalau tinggal sebulan lagi mau SPM. Last year kan saya ambil SPM. So masih ingat la apa yang perlu kena buat.

Kalau dapat setiap subjek la mau buat penerangan.

MULA!

1. Bahasa Melayu

Ok! So serius ini subjek sangat bonus kepada anda. Sebab memang sudah jadi bahasa seharian. Kalau saya last minit sudah, saya pergi cari la soalan-soalan negeri lain pasal soalan yang Komsas tu. Sebab tu yang paling perlu banyakkan latihan. Mesti score banyak sana. Full mark free jak boleh dapat.

Kalau karangan tu, cikgu saya bagi nasihat sebolehnya jangan buat cerita la sebab semua orang ada 'taste' yang berbeza, nanti kalau pemeriksa tu boring? Huh. Tau2 jak laa markah dia camna. So better buat karangan FAKTA! Sebab isi kandungan dia senang diolah. Dan seperkara yang paling penting, karangan tu mesti ada pepatah, peribahasa dan yang sewaktu dengannya. Kalau nak mulakan sesuatu karangan tu, perlulah guna ayat yang bombastik!
Contoh: Marcapada, Dewasa ini, dan banyak lagi! Ayat first bagi karangan tu perlu mantap! Kenapa? First impression paling penting untuk dapat markah tinggi dari pemeriksa. Ingat! Bukan kita yang mau baca! Kalau mau dapat result gempak macam saya, mesti la buat lain dari yang lain. Kan. Ayat bombastik yang dimaksudkan bukanlah sampai ayat-ayat tu berbelit. 

Contoh ayat smart: Sudah terang lagi bersuluh, kita sering bla2......
Kalau buat satu ayat panjang la! Cari lah sendiri! Itu jak la kalau BM. Yang penting karangan mesti ada peribahasa.! Ok? Mr. Google ada.


2. Bahasa Inggeris

Seriously, ini subjek sangat lah senang kalau tau taktik dia. Camna saya buat dulu? Before SPM, saya cari karangan cerita yang mantap. Buku Chicken Soup tu sangatlah banyak telampau cerita yang sedih. Better cari cerita yang sedih. Kalau BI pula lain. Fakta tak best sangat. Tapi cerita yang best. Time SPM tu, hafal satu karangan berbentuk cerita. Tapi make sure cerita tu best, sama ada lawak, sedih, gembira dan sebagainya. Tapi kalau combination all those stories mesti mantap kan. Cari cerita? Banyak di internet, majalah-majalah BI, buku rujukan. Just ambil satu karangan yang dirasakan mantap! Pastu hafal, write down on the paper! Finished! Macam tu la buat time SPM. Dan kalau mau markah mantop, mesti lah juga masukkan idioms.! Word connecters dilupa jangan. DuH! MUET. Ok?


3. Mathematics

Subjek paling diminati. Tiada cara lain untuk score subjek ini melainkan buat latihan banyak. Past year Querstion tu buat.! Sebab biasanya soalan-soalan bukannya susah sangat. Serius! Minat! Soalan-soalan negeri lain tuu banyak! Minta jak dekat cikgu-cikgu sekolah. Kalau tak faham, tanya kawan yang pro dalam subjek ini. Ok? Tu jak cara dia, melainkan la kalau kamu ni Genius.! Latihan! Latihan. Latihan! InsyaALLAH A sudah dalam genggaman.


4. Sejarah

Kalau sesiapa yang tidak minat sejarah mungkin ini suatu yang malang! Dia akan mengulangi kesilapan. Macam kena tulis di buku sejarah tu. Kan2. Sejarah, no doubt! Perlu hafal. Buat latihan soalan-soalan negeri lain. Terutamanya Terengganu, Kelantan dan yang sama waktu dengannya. Tanya lah kawan-kawan pasal soalan ramalan. Tapi saya dulu mana percaya ramalan-ramalan semua ni. Baca jak semua. Tapi before SPM, cikgu ada bagi tajuk-tajuk yang HOT. So, memang itu lah juga yang keluar! Kalau cikgu yang bagi, baca itu! Dahsyat.! Itu juga yang keluar tu. Takkan cikgu mau bagi ajaran sesat kan.

Cara jawab? Soalan esei mesti dalam bentuk esei/karangan. Kalau buat point, for sure, you'll get half mark only! Kalau dah blank sangat pun, tulis saja apa yang terlintas. Sometimes, kalau kita black out dan tak tahu apa yang perlu ditulis, camna mau buat? Sebulan ni, baca lah buku! Pastu kalau soalan bahagian A tu, kalau macam dia minta jawapan dua atau tiga.

Contoh: Apakah pekerjaan masyarakat Mesir Purba? Dia minta dua. Tapi jangan jawab dua saja, sebab dalam skema tu banyak jawapan diberikan. So just tulis apa-apa yang berkaitan. Melainkan kalau dah sure, tak payahlah mau kasi tulis banyak-banyak.! Conclusion, untuk sejarah, perlu baca!


5. Pendidikan Islam

Ok! Ini antara subjek bonus juga! Tapi sayangnya saya dapat A sahaja. Mungkin over confident kali! Bongok! Tensyen untuk PAI! Untuk PAI, perlu lah juga baca diikuti dengan amalan. Haha! Share pasal cara jawab jak lah.

Mesti! Nombor soalan perlu ditulis! Dan setiap soalan tu mesti ada kata kunci dia. Apa tu kata kunci?
Contoh: Berikan hikmah tidur. (Tiada dalam silibus, OK?!)

Cara jawab: Antara hikmah tidur adalah: 
1. tidak mengantuk
2. ketenangan


Contoh lain: Jelaskan dua bentuk perut manusia.
Cara jawab: Bentuk-bentuk perut manusia adalah:

1. Bujur
2. Boroi
3. Bulat

Bagi seberapa banyak yang mampu!

Tapi kalau macam dia minta dua, bagi ja seberapa banyak, maksimum 8! Biar paper habis.
Kalau dia minta perbezaan, buat dalam bentuk table. Satu column tu untuk kebaikan satu lagi keburukan. Dan kalau mau jawab, jangan buat dalam bentuk ayat kecuali kalau soalan minta maksud ayat. Kata kunci perlu ada! Dan ayat hafazan tu wajib hafal!! Markah paling bonus! Senang sungguh kalau hafal! Serius. SPM bukan susah!


6.  Pendidikan Moral

Saya tidak ambil. Tapi kawan yang non-muslim ada yang ambil. Camna diorang buat? Mesti! Macam PAI juga. Mesti ada kata kunci.

Contoh: Apakah maksud kerjasama?

Cara jawab: Kerjasa bermaksud...bla bla bla. Panjang kan tuu. 

Dan satu, mesti hafal benda tu! Wajib. Semua mesti dijaga. Tatabahasa. Moral pun macam BM juga. Tak leh straight forward jawab. Mesti ada kata kunci. So, hafal lah benda-benda yang patut! Sory sebab saya tidak ambil moral. Hehe!


7. Add Maths

Macam maths juga, memang subjek kegemaran saya.! Ok. Paling simple la kalau add maths, kamu buat soalan past year tu! Sebab ikut pengalaman, bukannya ada beza sangat pun. Paper 2 la. Kalau bahagian A tu wajib kan buat semua. So wajiblah kuasai semua tu. Bahagian B, kamu fokus dengan part yang kamu minat jak. Mungkin circle. Mungkin coordinate geometry. Kalau masa sebulan ni, tak yah nak susah-susah pi belajar semua benda. Fokus pada yang kamu minat saja! Bahagian C pula lagilah senang. Sebab jawab dua daripada 4 soalan. Kamu pilih betul soalan yang kamu mau jawab nanti SPM. Serius! Bukan susah! Dan sekarang bukan masa untu cover semua benda. Fokus dengan topik-topik tertentu saja.! Ok? Saya dalam masa sebulan ni jawab past year question saja. Sebab bukan banyak perbezaan pun kena tukar untuk setiap tahun! Sampai hafal sudah soalan-soalan. Past Year Question! Sekali lagi. Fokus topik tertentu. Jangan menggelabah.!


8. Chemistry

Sebab saya minat, so. Dapat lah jugak. Kalau kimia, perlu faham! Sebulan ni apa saya buat ar? Share ilmu yang ada. Buku rujukan yang saya guna ialah Longman! Sebab best gila! Camna ek mau jawab kimia? Sebab saya dulu skul asrama, so senang lah mau tanya-tanya dan ditanya. Yang penting kamu pegi jawab soalan-soalan negeri lain.! Macam biasa, paling hot soalan di Terengganu dan Kelantan. Tapi jangan lah percaya sangat, nanti tiada yang keluar, jangan pula salahkan saya. Paper 3 la. Bahagian yang buat experiment tu, hafal apa yang patut. Kalau kimia banyak yang perlu dibuat. Bukan mau menakutkan, tapi ya la. Banyak.! Sebulan ni pegi la bjumpa kawan-kawan yang hebat dalam subjek-subjek tertentu. Takkan diorang tak nak tolong kan?! Kimia, jawab soalan-soalan negeri lain. Jawab dalam bentuk point!


9. Biology

Bio, macam sejarah, perlu faham dan hafal. Macam saya, time SPM baru mau menghafal! WTH! Syukur dapat gak walaupun tak seberapa. Hafal dan terus hafal! Sebulan ni kurangkan lah aktiviti bersukan. Sebab SPM sekali jak. Kalau jawab bahagian esei tu, lebih baik buat dalam bentuk point. Supaya memudahkan pemeriksa tu menanda kertas kamu! Baca! Baca! dan Baca!


10. Physics

Kalau fizik, dia pasal logik kan. So perlu fikir logik untuk jawab semua tu. Jawab pun mesti dalam bentuk point! Paper 2 bahagian B dan C tu sangatlah main hentam jak jawab! Tapi sekali lagi jawapan mesti la logik! Fizik, faham, hafal maksud certain topic dan think logically!




Keseluruhan

Peribahasa BM dan BI. Kata kunci. Jawab dalam bentuk point bagi Kimia, Biologi dan Fizik.! Itu jak lah.

Interesting part

Kalau di sekolah mungkin lah kan 80 baru dapat A, 90 A+, 39 G. Tapi kalau SPM bukan macam tu, sebab dia ikut keseluruhan pencapaian pelajar tahun tu. 

Biasanya paling obvious, ada orang sentiasa markah pun macam siput untuk add maths, tiba2 SPM dapat B, A dan sebagainya. Tapi sini saya mau membuka peluang la supaya bersemangat!

Kalau SPM, mungkin 80 dah A+, 60 dah A-, 40 dah D, dan 35 sudah E. Jadi kegagalan tu bukanlah mudah untuk dapat! Hehe. Kejayaan lebih mudah.! Sebab tu la mungkin kementerian berhentikan pemberian biasiswa kepada pelajar SPM. Sebab markah tidak fair. Haha!

Bagi contoh lah. 

Add Maths. Sebab sentiasa gagal. Ikut tips yang saya bagi atas tu, then. 
Contoh: Paper 1 - dapat lah juga 40. Ok lah tu! Paper 2 - dapat lah juga 40. Total 80. Total percent dapat lah juga 44%. Nah! Kalau di skul ofkos lah dapat E. Tapi kalau SPM, 44% tu mungkin lah boleh dapat C sudah!!!!!! 
Bukan apa, tapi just bagi sinar harapan bahawa semua orang boleh berjaya! 
So target lah awal2! Kalau boleh mesti lah dapat markah tinggi kan. 

Contoh:
BM - 65% (B+)
BI - 65% (B+)
SEJ - 65% (B+)
PAI - 70 (A-)
MATHS - 65% (B+)
ADD MATHS - 60% (B)
KIMIA - 60% (B)
FIZIK - 60% (B)
BIO - 60% (B)

Contoh lah kalau kamu dapat camni kan. Untuk result di sekolah, mestilah tak dapat A kan. Tapi trust me!!!! Gred tu berdasarkan graf! So ada harapan untuk dapat A semua!!!!!! InsyaALLAH!!! Just bagi harapan!





Penutup
Semua tu berdasarkan pengalaman.! Dan saya just share apa yang saya ingat. Nak copy print sebar boleh! Dipersilakan! Asalkan hati anda gembira! Kalau ada apa-apa lagi tips yang kamu mau, just comment ok?! 


Kalau part nasihat-nasihat, SINI kamu baca. Nasihat kepada SPM
My result? Nah!


Kalau ada apa2, just inform ok! I'll do my best!

Wassalam. !!
 
 
Credit to :  apekblogger

Jumaat, 7 Oktober 2016

Siapa Nurul Nuha

hai assalamualaikum semua

siapa sebenarnya nurul nuha ye?

owner baru blog nie ke?

ehhh tak lahh

still orang yang sama..

cuma nama yang yg berbeza..

kenapa nama berbeza?

okay sebenarnya macam nie.. saya nie mmg anak ayah lah

masa arwah ayah masih ada.. saya mmg manja giler dgn ayah..

sampaikan ayah nak makan pun saya dok tidur atas riba dia..

ayah nak pergi kerja pun saya tarik ayah xbagi pergi kerja

nak tidur pun kene ada ayah 

sampailah ke akhir hayat ayah saya..

jadi sebagai tanda saya amat merindui ayah saya dan juga sebagai sumber kekuatan saya 

saya gabungkan nama saya dan nama arwah ayah saya..

nama penuh saya siti nurul solehah binti muhammad

jadi saya pendekkan dan gadungkan nama ayah sy dgn nama sy jd laa 

"Nurul Nuha"

"NU" dripd perkataan "NUha" tu berdasarkan nama tengah saya iaitu "NUrul"

"HA" pulak berdasarkan nama arwah ayah saya iaitu muHAmmad

maka  jadilah "NUHA"

Nurul tu nama tambahan utk menyedapkan lagi nama tu malah ia juga nama tengah saya..

nama nie juga memberi maksud yg lain iaitu

"Cahaya Bijaksana"

Nurul bermaksud Cahaya

Nuha pula bijaksana

bagi saya "NURUL NUHA" satu nama yang bermakna buat saya dan juga 2 maksud yang berbeza..

insyaallah nama ni akan terus terpahat dihati..

~ Alfatihah~

insan yang amat aku rindui

MUHAMMAD BIN ABD RAHMAN

Padanlah muka.

hye

sekian lama diamkan diri hari ni aku kembali lagi..

fuhh  ayat bikin gempak jee -_-

actually tak ada lah lama mana sekejappppp saja

aku private kan pun sebab nak edit blog ni haaaa

banyak file aku hilang.. aku pulak tak ada backup 

ok padan muka kat diri sendiri huhuhu

laptop nie haaa benggong sgt.. (salah kan laptop pulak sdgkan salah diri sndri)

hahaha so sebagai pengajaran kat diri sendiri jugak sejak dripd hari tu kerja aku backup je setiap masa

dah serik daa..

xnx daa pisang berbuah 10 kali..

take note yee utk smua geng blogger kt luar sana tu.. 

jgn jadi macam saiyaa..

Ahad, 2 Oktober 2016

Private blog untuk seketika!

salam maal hijrah guys..

sila ambil perhatian yee semua..

DENGAN INI SAYA SITI NURUL SOLEHAH OWNER BLOG INI AKAN MENPRIVATEKAN BLOG INI UNTUK SEKETIKA..

KERANA BLOG INI DALAM PERNAMBAHBAIKAN..

HARAP SEMUA FAHAM YE..

NANTI SAYA AKAN INFO BILA SAYA AKAN UNPRIVATE BLOG INI

TQ!!!