Isnin, 28 November 2016

Pengalaman sekolah agama darjah khas

assalamualaikum semua

hari nie aku nak cerita pengalaman aku sekolah darjah khas pulak, yang aku tahu darjah khas ni hanya di johor tapi tak tahu negeri lain ada or tak

apa itu darjah khas?

Darjah Khas Agama Johor adalah lanjutan program pembelajaran di Sekolah Agama Kerajaan Johor. Darjah Khas Agama Negeri Johor adalah Institusi Pendidikan Agama Johor yang telah berjalan secara formal sejak tahun 1923. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Agama Johor ia diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya, disamping berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Pengajian peringkat Darjah Khas Agama di Johor disediakan kepada lulusan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA). Ia adalah saluran untuk memberikan pendidikan agama lanjutan yang secukupnya kepada golongan remaja Islam menjelang pencapaian usia baligh. Bahasa pengantar yang diguankan ialah Bahasa Melayu agar mudah difahami. Pengajian Darjah Khas ini disediakan kepada murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan yang memilih untuk meneruskan pembelajarannya ke tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia adalah pelengkap kepada program pendidikan agama di peringkat menengah yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor.


haa faham? nak lulus sijil  darjah enam agama (SDEA) bukan senang tau.. aku dulu pun nyaris2 je tak lepas tapi alhamdulilah lepas jugak masuk darjah khas.. kau ingat nak sampai darjah khas nie senang macam sekolah kebangsaan? lulus or tak lulus tetap naik darjah seterusnya.. tapi sekolah agama kau gagal darjah 1 tahun nie, tahun depan kau ulang darjah satu dengan adik2 kau.. smpai kau lulus baru naik darjah 2.. selagi tak lulus kau stay lah kat situ.. yang wajib lulus sirah, ibadat, alquran dengan tauhid.. sebenarnya nak lulus tak susah pun.. sirah tu kau baca lah cerita2 nabi tu haa ingat tarikh , tempah, siapa , nama sebenar, nama panggilan, haa banyak tapi kalau kau baca hari2 kau boleh ingat, kalau ibadat pulak kau hafal laa pasal solat, hukum wajib , hukum sunat, puasa, tayamum,  macam2 lahh nie yang basic jee kalau yang puasa tu mesti kau tahu, takkan kau tak puasa kn? , alquran pulak dia test kau punnya daya ingatan, setiap tahun surah yang kau dapat lain2, jadi kau kene betul2 hafal! hafal sampai habis.. alquran kau kene fokus betul2, tauhid tu pun kau kene banyak baca and hafal, tauhid nie aku tak ingat tajuk dia da lama kod tinggalkan zaman sekolah agama nie hehehe sorry naaa..

sebenarnya aku ada gagal setahun nie.. so aku kene repeat balik.. tak silap aku masa darjah 4, aku banyak main2 hehehe.. iye arr ada membe sekepala mmg main2 arrr, aku repeat , membe aku pun repeat hahaha.. ohh yaa kalau kat sekolah agama nie dorang tak akan kesah if ada dalam 1 kelas tu ada yang dah sekolah menengah, mybe dia banyak kali gagal.. who know right? mybe ada problem kaa.. kelas aku dulu tu masa aku repeat ada 3 orang yang frm5.. FORM 5  BUT SEKOLAH AGAMA STILL DARJAH 4? tak heran langsung bagi kteowg , mybe yng tak sekolah agama mmg dorang pelik.. hehehehe lepastu yng frm5 tu next years da xde kt sklh agama daa.. why? DAH BERHENTI ..tapi tu lah mujur aku repeat setahun jee.. masa aku darjah 5 sekolah kebangsaan, sekolah agama aku darjah 4.. huhuhu jangan ketawa kay, nie kesalahan yang tak disengajakan.. tapi tulah alhamdulillah tahun aq repeat tu aku lulus.. study btol2 beb.. lepastu tahun seterusnye aku berpisah dgn membe aku huhuhu.. dia belah petang, aku belah pagi.. masa xde membe nie lah aku study btol2,, ayat hafazan aku orang first yang hafal smpai habis,, exam je selalu lulus dpt no 1 jee , masa ni mmg study giler2 arrr, mark setiap paper smua atas 80.. dengan result aku mcm tu aku dpt msuk darjah khas, masa nie aku happy giler cbb jumpa membe sekepala aku balik huhuhu.. mse darjah 6 skolh agama nie aku main2 lagi hehehe da membe ad, tapi tu laah even main2 pun still bljr jgk.. masa ni aku dapat anugerah pelajar cemerlang darjah 5..alhamdulillah.. berkat aku berpisah dgn membe aku khehehehe.. kalau tak main jeee kerja..



nama tu sila abaikan,, selalu gak berperang dgn cikgu pasal nama aku.. nama aku sebenar SITI NURUL SOLEHAH BINTI MUHAMMAD tapi dapat ke cikgu aku SITI SOLEHAH.. wait!! who it is?? grrr hahaha.. tapi nasib baik dalam sijil betul .. fuhhh nama aku siap ada kat CARTA PELAJAR CEMERLANG SABT 2012.. mmg tak percaya  tapi mmg kenyataan.. bukan senang nx msuk dlm carta tu.. sebelom tinggalkan sekolah tu ada jugak jasa aku kt situ.. carta tu still ada sampai sekarang, kalau pergi sekolah tu balik mesti aku g tngok nme sendiri kt carta tu khehehehe.. 

okay balik cerita darjah 6.. membe aku ada so mmg aku main2 jujur aku ckp.. exam awal tahun aku gagal.. next exam lulus, lpstu gagal then final exam lulus tu pn lagi sikit je nak gagal.. tapi mujurlah lepas masuk darjah khas..darjah 6 ni mmg best sebab kau datang sekolah sebulan 4 kali jee.. hari sabtu.. nampak tak apa yng best ?? hehehe start kelas pun pukul 8 pgi smpai 1 tgh hari.. mmg best.. tak terikat dengan peraturan sgt.. walaupun best tp exam dia agak susah.. serius aku ckp.. mmg susah.. time aku exam tu smpai ada yg kene histeria.. mybe cbb bdk tu tertekan kodd.. tapi alhamdulillah lulus jagk darjah khas wlaupun bnyk main2 hehehe..

buat bakal junior yang sekolah agama tu akak nak pesan mehh.. kalau sekolah agama nie kau kene pandai baca jawi.. nie penting beb.. kalau tak pandai baca jawi tak apa slow2.. banyakkan baca bacaan yang tulisan jawi sebab nie boleh bantu kau.. kalau kau xtahu satu perkataan tu cuba baca slow2 , tak pun tanya yang pandai then tulis dalam rumi maksud dia apa.. jangan cepat putus asa if kene repeat balik tahun depan.. and make sure jgn kene repeat balik yee.. okay lah semoga berjaya bakal adik2 yang sedang ambik exam darjah khas tu.. good luck!!

Jumaat, 25 November 2016

Pengalaman menjadi pengawas sekolah

hai and assalamualaikum

hari nie nak cerita pasal pengalaman aku menjadi pengawas sekolah selama 5 tahun. Sejujurnya masa aku sekolah rendah, aku memang tak pernah pegang jawatan apa2, mungkin cikgu2 tak nampak bakat aku tu ke arah mana. maybe cikgu terlepas pandang, maybe lah hehehe. tapi...

alhamdulilah tahun 2012 aku telah dilantik menjadi pengawas sekolah melalui interview, oh ya masa ni aku tingkatan satu tau, aku diserap masuk melalui interview tapi ada juga kawan aku tak kene interview.. untung betul.. aku ingat lagi siapa yang interview aku jadi pengawas.. dialah yang menjadi cikgu kesayangan aku.. CIKGU AZLIN ..  masa kene interview tu serius gemuruh beb.. semua soalan KBAT yang ditanyanye hehehe antaranya "apa yng awak akan buat kalau saya pilih awak jadi pengawas?" , " macam mana awak nak handle kan pelajar2 yang bermasalah?" , "awak sanggup ke korbankan masa belajar awak demi menjalankan tugas pengawas?" , "kalau awak kene jadi pengacara majlis, awak boleh ke?" and macam2 lah.. fuhh berpeluh juga aku nak menjawabnya.. tapi tu lah cool kan diri jee , jawab dengan yakin lepas dah kene interview tu kene tunggu seminggu dulu kalau nak tahu jawapan sebab kene bincang dengan cikgu displin , pengetua n cikgu lain2 tapi dalam masa yang sama cikgu2 semua akan perhatikan korang dalam seminggu , perangai ok ke tak, belajar ke tak, ponteng ke tak, kiranya memang korang diperhatikanlah

lepas seminggu tu korang akan dapat jawapan, cikgu akan bagi kertas then korang baca lah diterima or tak. alhamdulilah aku telah diterima tak payah lah aku mohon untuk interview yang kedua.. dah boleh beli baju pengawas.. kalau sekolah aku bagi perempuan tudung and kain warna merah, baju warna pink n kasut hitam, kalau bagi lelaki baju kemeja pink, tie merah ni khas untuk pengawas (ada jual di koperasi sekolah), seluar merah n kasut hitam..

perasaan masa dapat tu mmg happy lah.. cuma kurang happy bab kene jadi pengacara majlis or MC.. kene cakap depan orang ramai pakai microfon , fuhh masa first time tu jadi nak jadi pengerusi mmg gemuruh beb.. biasanya cikgu akan bagi tahu awal siapa yang akan jadi pengerusi jadi korang boleh jadi standby awal2 lah.. dia bagi teks tau jangan risau.. masa first aq dapat tahu nak jadi pengurusi majlis tu , hati ni tak payah cakap lah macam2 perasaan ada.. siap cakap lagi "apa aku buat kat atas pentas nie?" hahaha kaki dah mengigil habis.. tapi aku tetap coolkan diri.. gagahkan diri juga pergi kat tempat khas untuk MC tu.. dalam hati dah cakap daa "lari! lari!" hahaha disebabkan tu lah masa pembukaan ayat tu aku baca lajuu giler hahaha lepastu cikgu tegur jangan baca laju.. hahaha dalam hati aku dah marah2 dah sumpah2 diri aku nie hahaha tapi relax n coolkan diri.. 

tapi alhamdulilah habis je majlis tu aku rasa happy plk.. rupa2nya best jugak jadi pengacara majlis nie.. boleh yakinkan diri aku berdepan dengan orang, kalau sebelum2 nie aku mmg tak berani tapi sejak jadi pengawas ni mmg banyak kene berdepan dengan orang jadi aku dah ada keyakinana. kalau ada pembentangan atau apa2 aku dah tak gemuruh dah siap aku yang offer diri aku jadi yang first kalau nak pembentangan hehehehe.. alhamdulilah.. berkat jadi pengawas terima kasih jugak lah kat pihak sekolah bagi aku peluang..

jadi pengawas nie ada juga tak bestnye.. waktu spot check , jujur aku cakap time nie kau akan rampas brg2 yang tak boleh bawak , time nie jugak kau akan kene hina, kene kutuk , kene di"babi2"kan, mcm2 lahh paling teruk boleh jadi gaduh.. nie mmg tak boleh dielakkan.. aku nie xboleh kira bpew kali dah kene mcm tu dgn student biase.. dorang tak ada kat tempat kita jadi dorang boleh cakap mcm2.. cuba kalau dowg ada kat tmpt kita, mmg dorang akan tahu langit tu tinggi or rendah... siap bagi kami gelaran "ANJING CIKGU" , siapa tak sedih kene mcm tu weii tp kami diam jee.. kami diam bukan sebab kami bodoh or penakut tapi kami diam nak jaga nama baik family :) hanya orang yang bodoh jee yg tak jaga nama baik family dengan mengata orang mcm tu.. kalau dah perangai anak mcm tuu apatah lagi family en?? :) aku kadang2 geram jugaa.. kalau tak nak barang korang kene rampas jangan bawak ! senang! nie bawak jugk kene rampas cakap pengawas babi lah, itu lahh.. ingat pengawas nie sesuka hati nak rampas barang korang? kteowg pon xingin!! -_-"

lepastu kalau majlis hari guru pengawas yang handle 100% daripada A sampai Z..daripada segi hadiah, aktiviti cikgu2, tema, hiasan dewan , smua lahh mmg penat..hari tak sekolah pun kene datang untuk siapkan majlis.. mmg rasa penat giler2 tapi enjoy.. sebab kitaorang boleh lagi rapat.. kalau sebelum nie sibuk dgn tugasan , kalau ada majlis mcm nie kteowg boleh lagi kenal diri msing2.. kalau dtg siapkan majlis time tak sekolah, ibarat sklh tu kau punnye .. nak jerit nak apa xde spe marah, dah kalau cuti mmg tak ada lah orang.. cikgu2 xde yg ada kteowg and pakcik jaga tu haa kalau kteowg jerit pun bknnye pkcik jaga tu dgr jauh kodd hahaha tapi mmg best.. tapi yg tak best kalau ada majlis mcm nie kteowg balik lambat cbb kene kemas.. penat kayyy tapi penat2 pun dpt ganjaran.. makanan untuk kami yg pengawas nie mmg lagi sedap dripd cikgu2.. hahahaha oky laa tu ennn

ohh ya setiap tahun akan ada majlis untuk pengawas iaitu majlis khusus pengawas tp ikut sekolah masing2 lah.. kalau sekolah aku buat kat hotel, class tak? hehehe  haa nie lahh masa aku khusus pengawas tu.. memang best, cingu ada invite orang luar bagi ceramah and akak2 senior pengawas pun ada mmg best.. macam2 aktiviti ada.. khusus nie ikut sekolah masing2 lahh kalau ada duit lebih buatlah kat hotel, kalau kurang buatlah perkhemahan or buat kat sekolah..












































setiap akhir tahun pengawas akan mengadakan majlis akhir tahun pengawas kat hotel jugak hehehe.. kalau bagi yang sesiapa yang biase dengan majlis2 format macam nie mmg rasa kekok lah.. sebab kena pakai kemas , lawa2.. tapi best gilerr mmg majlis nie yang selalu pengawas tertunggu2 kiranya untuk meraihkan kamilah setahun susah payah demi tugas pengawas, pelajaran kene korban, masa kene korban, tenaga, penat  smuanya lah..  hanya pengawas je yg faham.. nah nx belanja gambar majlis akhir tahun pengawas SMKAB 





haaa itulah kenangan aku selama menjadi pengawas nie.. setiap orang lain pengalaman kan? harap apa yang aku tulis ni boleh jadi motivasi untuk adik2 yang bakal jadi pengawas nie.. untuk adik2, akak nak pesan bukan senang untuk jadi pengawas, dan bukan susah untuk bergelar pengawas, kita sebagai pengawas dipimpin untuk memimpin.. pedulikan ada yang orang nak cakap pasal kita yang penting kita jalankan tugas sebagai pengawas.. dorang tak ada apa2 hanya pelajar biasa.. korang lagi berkuasa.. itu jeee tapi jangan  guna kuasa tu sesuka hati tau.. good luck! flighting!!!

okay lahh thats all.. thanks 
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ANJUNG BATU

2012 - 2014

Pengalaman sekolah cina | Sekolah melayu vs sekolah cina

assalamualaikum semua

harini terasa nak up entry tapi tak tahu nak buat entry apa,  sambil2 tengok cite "the incredibles"  nie sambil tu fikir nak buat entry apa hehehe.. okay aku dapat ideal.. aku nak cite pengalaman aku sekolah di sekolah jenis kebangsaan.. sekolah jenis cina.. nama sklh aku SMK PAI CHEE , aku sekolah kat sini hanya 2 tahun jee daripada frm4 sampai frm5..

bagi aku siapa yang sekolah cina daripada darjah 1 memang bagus.. kalau aku ada anak nanti pun aku nak dia sekolah cina hehehe.. insyaallah, tak salah berangan awal en en en khehehe.. suami bagi or tak belakang cite hahaha.. 

ok, menurut pengalaman aku selama 2 tahun nie yang kurang fasih bahasa cina ni mmg agak sukar... sebab kalau ada apa2 information semua dalam bahasa cina., kalau yang tak pandai bahasa mandrin nie ofc lah dorang tanya yang pandai.. tak selalu yee cakap dalam bahasa melayu.. kecuali dalam subjek bahasa melayu. jadi tu agak sukar sebab tak semua guru cina pandai cakap melayu, kalau dorang cakap pun ada perkataan yang kita tak faham, jadi aku nak tegaskan kat sini selain bahasa melayu dan bahasa ingglish, bahasa mandrin pun penting juga sebab memudahkan korang untuk dapat kerja.. banyak syarikat2 besar sekarang ni cina punnya jadi kalau mohon kerja di syarikat dorang mudah je korang dapat berbanding yang tidak fasih bahasa mandrin..

selain tu korang akan berasa sedikit tertekan dalam class sebab dorang cakap bahasa cina, hanya permulaan jee,, masa aku masuk class dulu tu pun mmg sakit2 kepala.. dorang cakap kuat2.. bahasa dorang, tapi lama kelamaan korang akan biasa.. cuma korang kene sabar tu penting! 

korang juga kena belajar bahasa kasar dorang contoh "sohai" , tu bahasa paling fames arr.. banyak lagi sebenarnya.. why aku suruh korang belajar bhasa kasar dorang? haa kalau korang  nak kene kutuk dalam diam korang tak payah belajar.. kalau xrela kene kutuk kene jugak belajar.. 

kalau sekolah cina nie banyak jugak keseronokan.. paling seronok malam kebudayaan setiap tahun ada malam kebudayaan semperna tahun baru cina mmg best, ada cabutan bertuah mcm2 boleh dpt mse aku frm4 cabutan bertuah dia laptop, powerbank, ampau, hampe, banyak lagi laaa.. thun nie dpt basikal, printer, lpstu bnyk arrr.. mmg best.. lepastu sekolah aku ada buat sekolah penyayang. maksudnya pihak sekolah sambut befday kita.. so semua pelajarlah dapat hadiah semperna befday masing2..  lagi satu sekolah cina nie kemudahan dia lagi bagus daripada sekolah yang lain.. aku bukan nak kondem sekolah melayu yang lain tapi aku ada hak nak bersuara.. berdasarkan apa yang aku dapat sepanjang 9tahun aku sekolah kt sklh melayu , banyak kekurangannye contoh kegunaan di bilik ICT.. why? ok macam nie dalam bilik ICT tu banyak giler komputer tapi yang boleh guna 2 or 3 jee sedangkan murid dalam satu kelas tu 30 lebih orang.. so korang boleh bayangkan macam mana murid 30orang lebih tapi komputer hanya 2buah komputer or 3buah komputer  je boleh guna.. mmg akan ada yang tak dapat guna nie sebabnya banyak murid buta IT.. belum tentu lagi kat rumah dorang ada komputer sebuah.. kalau di sekolah cina setiap sorang akan dapat guna komputer.. siap ada pakej internet lagi.. wifi mmg laju tapi hanya boleh bukak youtube jee.. tapi tu dikira bagus sebab banyak boleh belajar dalam youtube contoh experiment2 dalam sains.. jadi aku haraplah lepasni sekolah melayu di majukan lagi..jujur aku cakap sekolah jenis cina nie kurang diberi peluang untuk ke hadapan dari segi pembelajaran.. contoh kalau ada perkhemahan atau apa2 yang melibatkan pembelajaran sukar untuk diperolehi.. jadi aku pun berharap lepas nie kerajaan bagilah sama adil , sma rata.. jadi bagi aku setiap sekolah ada kelebihan dan kekurangan

jangan kecam aku, aku ada hak nak bersuara ok

okay kalau sekolah cina nie ramai rasau pasal pembelajaran agama, jangan risau sebab kat sekolah cina pun ada tempat belajar agama.. bagi pelajar islam akan belajar agama di bilik agama (tergantung kpd sekolah) dan pelajar bukan islam akan belajar moral di kelas.. jadi jangan kau nak cakap sekolah cina tak belajar agama.. aku tumbuk gak nanti hehehe.. walaupun sekolah cina tapi dorang masing menghormati agama masing2.. 

haaa last sekali, sekolah aku ada pasukan gendang tersendiri.. nama dia GENDANG 24 MUSIM.. sebenarnya sekolah cina nie banyak yang berbakat.. kalau mcm sekolah aku nie ramai yang berbakat dalam nyayian, dance kpop, dance kebudayaan, bermain piano, bnyk lagi lah mmg sekolah aku nie sekolah yang berbakat , tu je aku nak cakap.. aku mmg tabik sekolah aku nie..

jadi banyak juga pengalaman aku kat sekolah SMK PAI CHEE ni tapi cukuplah nie je kalau nak cerita semuanya esok pun belum tentu habis hehehe.. biarlah memory aku kat sekolah ni jadi kenangan dalam diri.. 

~SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAI CHEE DALAM KENANGAN~

2016 - 2017

thanks bye

Selasa, 22 November 2016

Akhirnya my SPM tamat

assalamualaikum semuanyaaa

alhamdulilah semalam 22.11.2016 berakhirlah sudah kisah kita~~ 

eh ? mcm lagu jee hehehe

semalam da tamat gelaran aku sebagai pelajar sekolah sebab semalam aku last paper.. alhamdulilah sains paper 2 semalam senang.. paper 1 je yg mcm haram sikit.. cuma rasa agak terkilan dengan paper BI , mmg silap aku xbce btol2.. harap lulus laa.. tahun 2016 SPM paper 2 , eh 2 ke? 1 kod enth arr tapi karangan.. mentang2 da habis sklh smua lupa.. dia suruh buat talk and tajuk dia visit ke televison and ke tea.. kene pilih then kene bagi sebab kenapa korang pilih tempat tu.. bahagian B keluar karangan AFTER SPM.. so tulis arr lepas spm korang nx wt apa.. why aq ckp aq terkilan? cbb aq rse paper ni aq xlulus tp berhrp sgt lulus.. cbb dua2 bahagian aku buat slh.. lgi 5 minit nx habis masa baru aku perasan.. bahagian 1 dia nak talk tapi aku pergi buat dialog.. bahagian B dia nx AFTER SPM , aku wt BEFORE SPM.. mmg masaa tu menyumpah diri sendiri arr sebab tak bace soalan betul2.. untuk adik2 yang akan SPM thun depan , akak sarankan korang bace btol2.. bace slow2.. jangan jdi mcm akak.. nx menyesal tak guna da.. tapi tu la sekarang brharap sgt yang tanda paper exam aku tu boleh bagi mark.. syg kodd.. panjang aku buat karangan yg bhgian B tu lebih dripd 300 patah perkataan kodd.. bila ingt balik rse mcm memyampah dgn diri sendiri ishhh.. 

ok lupakan..

ohh yaa semalam aku da freedom, siapa yang follow aku kat insta tu korang akan thu kteowg ada celebrate utk frm5 kt kedai kek.. ingt boleh laa rest lme sikit habiskan lesen moto aq tu dulu kee.. tp tu laaa aku sangkakan panas sampai ke petang rupanye hujan di tengah hari sebabnye esok aku kene start kerja.. kiranya aku rest sehari je huhuhu... xpew2 demi nak cari duit aq sanggup wlaupn rse penat tu xhabis lagi.. aku dapat kerja kt kedai mahal.. why aku ckp kedai mahal? cbb dia jual baju semua atas daripada rm300 , kasut sukan smua.. rasa mengigil pulak first time kerja.. hehehe

harap smua berjalan dgn lancar.. ingat nak kerja smpai bulan 3 insyaallah.. lepasni aku akan rindulah encik hairi tu.. khehehe 

siapa encik hairi? nanri aku cite kay..

ok that all.. tq guys..



Sabtu, 29 Oktober 2016

RESEPI ROTI JOHN GARDENIA

RESEPI ROTI JOHN GARDENIA


 Bahan-bahan:

-6 kpg roti gardenia
-3 bji telur gred A
-2 kpg daging burger
-segenggam kubis hiris nipis
-daun bwg, daun sup 1sb (agk2 je)
-bwg bsr stgh bji potg dadu
-cili bsr ikut suka nk byk mana
-halia sagat 1sk
-perasa
+ utk topping boleh buh cheese, sos, timun, tomato, ikut kreativiti msg2

 Cara-cara : 

 daging burger yang dihancurkan

 campurkan daging dengan telur

 masukkan semua bahan

(Ikut seperti dalam gambar yee)



 Selamat mencuba yaa