Jumaat, 25 November 2016

Pengalaman menjadi pengawas sekolah

hai and assalamualaikum

hari nie nak cerita pasal pengalaman aku menjadi pengawas sekolah selama 5 tahun. Sejujurnya masa aku sekolah rendah, aku memang tak pernah pegang jawatan apa2, mungkin cikgu2 tak nampak bakat aku tu ke arah mana. maybe cikgu terlepas pandang, maybe lah hehehe. tapi...

alhamdulilah tahun 2012 aku telah dilantik menjadi pengawas sekolah melalui interview, oh ya masa ni aku tingkatan satu tau, aku diserap masuk melalui interview tapi ada juga kawan aku tak kene interview.. untung betul.. aku ingat lagi siapa yang interview aku jadi pengawas.. dialah yang menjadi cikgu kesayangan aku.. CIKGU AZLIN ..  masa kene interview tu serius gemuruh beb.. semua soalan KBAT yang ditanyanye hehehe antaranya "apa yng awak akan buat kalau saya pilih awak jadi pengawas?" , " macam mana awak nak handle kan pelajar2 yang bermasalah?" , "awak sanggup ke korbankan masa belajar awak demi menjalankan tugas pengawas?" , "kalau awak kene jadi pengacara majlis, awak boleh ke?" and macam2 lah.. fuhh berpeluh juga aku nak menjawabnya.. tapi tu lah cool kan diri jee , jawab dengan yakin lepas dah kene interview tu kene tunggu seminggu dulu kalau nak tahu jawapan sebab kene bincang dengan cikgu displin , pengetua n cikgu lain2 tapi dalam masa yang sama cikgu2 semua akan perhatikan korang dalam seminggu , perangai ok ke tak, belajar ke tak, ponteng ke tak, kiranya memang korang diperhatikanlah

lepas seminggu tu korang akan dapat jawapan, cikgu akan bagi kertas then korang baca lah diterima or tak. alhamdulilah aku telah diterima tak payah lah aku mohon untuk interview yang kedua.. dah boleh beli baju pengawas.. kalau sekolah aku bagi perempuan tudung and kain warna merah, baju warna pink n kasut hitam, kalau bagi lelaki baju kemeja pink, tie merah ni khas untuk pengawas (ada jual di koperasi sekolah), seluar merah n kasut hitam..

perasaan masa dapat tu mmg happy lah.. cuma kurang happy bab kene jadi pengacara majlis or MC.. kene cakap depan orang ramai pakai microfon , fuhh masa first time tu jadi nak jadi pengerusi mmg gemuruh beb.. biasanya cikgu akan bagi tahu awal siapa yang akan jadi pengerusi jadi korang boleh jadi standby awal2 lah.. dia bagi teks tau jangan risau.. masa first aq dapat tahu nak jadi pengurusi majlis tu , hati ni tak payah cakap lah macam2 perasaan ada.. siap cakap lagi "apa aku buat kat atas pentas nie?" hahaha kaki dah mengigil habis.. tapi aku tetap coolkan diri.. gagahkan diri juga pergi kat tempat khas untuk MC tu.. dalam hati dah cakap daa "lari! lari!" hahaha disebabkan tu lah masa pembukaan ayat tu aku baca lajuu giler hahaha lepastu cikgu tegur jangan baca laju.. hahaha dalam hati aku dah marah2 dah sumpah2 diri aku nie hahaha tapi relax n coolkan diri.. 

tapi alhamdulilah habis je majlis tu aku rasa happy plk.. rupa2nya best jugak jadi pengacara majlis nie.. boleh yakinkan diri aku berdepan dengan orang, kalau sebelum2 nie aku mmg tak berani tapi sejak jadi pengawas ni mmg banyak kene berdepan dengan orang jadi aku dah ada keyakinana. kalau ada pembentangan atau apa2 aku dah tak gemuruh dah siap aku yang offer diri aku jadi yang first kalau nak pembentangan hehehehe.. alhamdulilah.. berkat jadi pengawas terima kasih jugak lah kat pihak sekolah bagi aku peluang..

jadi pengawas nie ada juga tak bestnye.. waktu spot check , jujur aku cakap time nie kau akan rampas brg2 yang tak boleh bawak , time nie jugak kau akan kene hina, kene kutuk , kene di"babi2"kan, mcm2 lahh paling teruk boleh jadi gaduh.. nie mmg tak boleh dielakkan.. aku nie xboleh kira bpew kali dah kene mcm tu dgn student biase.. dorang tak ada kat tempat kita jadi dorang boleh cakap mcm2.. cuba kalau dowg ada kat tmpt kita, mmg dorang akan tahu langit tu tinggi or rendah... siap bagi kami gelaran "ANJING CIKGU" , siapa tak sedih kene mcm tu weii tp kami diam jee.. kami diam bukan sebab kami bodoh or penakut tapi kami diam nak jaga nama baik family :) hanya orang yang bodoh jee yg tak jaga nama baik family dengan mengata orang mcm tu.. kalau dah perangai anak mcm tuu apatah lagi family en?? :) aku kadang2 geram jugaa.. kalau tak nak barang korang kene rampas jangan bawak ! senang! nie bawak jugk kene rampas cakap pengawas babi lah, itu lahh.. ingat pengawas nie sesuka hati nak rampas barang korang? kteowg pon xingin!! -_-"

lepastu kalau majlis hari guru pengawas yang handle 100% daripada A sampai Z..daripada segi hadiah, aktiviti cikgu2, tema, hiasan dewan , smua lahh mmg penat..hari tak sekolah pun kene datang untuk siapkan majlis.. mmg rasa penat giler2 tapi enjoy.. sebab kitaorang boleh lagi rapat.. kalau sebelum nie sibuk dgn tugasan , kalau ada majlis mcm nie kteowg boleh lagi kenal diri msing2.. kalau dtg siapkan majlis time tak sekolah, ibarat sklh tu kau punnye .. nak jerit nak apa xde spe marah, dah kalau cuti mmg tak ada lah orang.. cikgu2 xde yg ada kteowg and pakcik jaga tu haa kalau kteowg jerit pun bknnye pkcik jaga tu dgr jauh kodd hahaha tapi mmg best.. tapi yg tak best kalau ada majlis mcm nie kteowg balik lambat cbb kene kemas.. penat kayyy tapi penat2 pun dpt ganjaran.. makanan untuk kami yg pengawas nie mmg lagi sedap dripd cikgu2.. hahahaha oky laa tu ennn

ohh ya setiap tahun akan ada majlis untuk pengawas iaitu majlis khusus pengawas tp ikut sekolah masing2 lah.. kalau sekolah aku buat kat hotel, class tak? hehehe  haa nie lahh masa aku khusus pengawas tu.. memang best, cingu ada invite orang luar bagi ceramah and akak2 senior pengawas pun ada mmg best.. macam2 aktiviti ada.. khusus nie ikut sekolah masing2 lahh kalau ada duit lebih buatlah kat hotel, kalau kurang buatlah perkhemahan or buat kat sekolah..












































setiap akhir tahun pengawas akan mengadakan majlis akhir tahun pengawas kat hotel jugak hehehe.. kalau bagi yang sesiapa yang biase dengan majlis2 format macam nie mmg rasa kekok lah.. sebab kena pakai kemas , lawa2.. tapi best gilerr mmg majlis nie yang selalu pengawas tertunggu2 kiranya untuk meraihkan kamilah setahun susah payah demi tugas pengawas, pelajaran kene korban, masa kene korban, tenaga, penat  smuanya lah..  hanya pengawas je yg faham.. nah nx belanja gambar majlis akhir tahun pengawas SMKAB 





haaa itulah kenangan aku selama menjadi pengawas nie.. setiap orang lain pengalaman kan? harap apa yang aku tulis ni boleh jadi motivasi untuk adik2 yang bakal jadi pengawas nie.. untuk adik2, akak nak pesan bukan senang untuk jadi pengawas, dan bukan susah untuk bergelar pengawas, kita sebagai pengawas dipimpin untuk memimpin.. pedulikan ada yang orang nak cakap pasal kita yang penting kita jalankan tugas sebagai pengawas.. dorang tak ada apa2 hanya pelajar biasa.. korang lagi berkuasa.. itu jeee tapi jangan  guna kuasa tu sesuka hati tau.. good luck! flighting!!!

okay lahh thats all.. thanks 
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ANJUNG BATU

2012 - 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan