assalamualaikum semua
harini
terasa nak up entry tapi tak tahu nak buat entry apa, sambil2 tengok
cite "the incredibles" nie sambil tu fikir nak buat entry apa hehehe..
okay aku dapat ideal.. aku nak cite pengalaman aku sekolah di sekolah
jenis kebangsaan.. sekolah jenis cina.. nama sklh aku SMK PAI CHEE , aku
sekolah kat sini hanya 2 tahun jee daripada frm4 sampai frm5..
bagi
aku siapa yang sekolah cina daripada darjah 1 memang bagus.. kalau aku
ada anak nanti pun aku nak dia sekolah cina hehehe.. insyaallah, tak
salah berangan awal en en en khehehe.. suami bagi or tak belakang cite
hahaha..
ok,
menurut pengalaman aku selama 2 tahun nie yang kurang fasih bahasa cina
ni mmg agak sukar... sebab kalau ada apa2 information semua dalam
bahasa cina., kalau yang tak pandai bahasa mandrin nie ofc lah dorang
tanya yang pandai.. tak selalu yee cakap dalam bahasa melayu.. kecuali
dalam subjek bahasa melayu. jadi tu agak sukar sebab tak semua guru cina
pandai cakap melayu, kalau dorang cakap pun ada perkataan yang kita tak
faham, jadi aku nak tegaskan kat sini selain bahasa melayu dan bahasa
ingglish, bahasa mandrin pun penting juga sebab memudahkan korang untuk
dapat kerja.. banyak syarikat2 besar sekarang ni cina punnya jadi kalau
mohon kerja di syarikat dorang mudah je korang dapat berbanding yang
tidak fasih bahasa mandrin..
selain
tu korang akan berasa sedikit tertekan dalam class sebab dorang cakap
bahasa cina, hanya permulaan jee,, masa aku masuk class dulu tu pun mmg
sakit2 kepala.. dorang cakap kuat2.. bahasa dorang, tapi lama kelamaan
korang akan biasa.. cuma korang kene sabar tu penting!
korang
juga kena belajar bahasa kasar dorang contoh "sohai" , tu bahasa paling
fames arr.. banyak lagi sebenarnya.. why aku suruh korang belajar bhasa
kasar dorang? haa kalau korang nak kene kutuk dalam diam korang tak
payah belajar.. kalau xrela kene kutuk kene jugak belajar..
kalau
sekolah cina nie banyak jugak keseronokan.. paling seronok malam
kebudayaan setiap tahun ada malam kebudayaan semperna tahun baru cina
mmg best, ada cabutan bertuah mcm2 boleh dpt mse aku frm4 cabutan
bertuah dia laptop, powerbank, ampau, hampe, banyak lagi laaa.. thun nie
dpt basikal, printer, lpstu bnyk arrr.. mmg best.. lepastu sekolah aku
ada buat sekolah penyayang. maksudnya pihak sekolah sambut befday kita..
so semua pelajarlah dapat hadiah semperna befday masing2.. lagi satu
sekolah cina nie kemudahan dia lagi bagus daripada sekolah yang lain..
aku bukan nak kondem sekolah melayu yang lain tapi aku ada hak nak
bersuara.. berdasarkan apa yang aku dapat sepanjang 9tahun aku sekolah
kt sklh melayu , banyak kekurangannye contoh kegunaan di bilik ICT..
why? ok macam nie dalam bilik ICT tu banyak giler komputer tapi yang
boleh guna 2 or 3 jee sedangkan murid dalam satu kelas tu 30 lebih
orang.. so korang boleh bayangkan macam mana murid 30orang lebih tapi
komputer hanya 2buah komputer or 3buah komputer je boleh guna.. mmg
akan ada yang tak dapat guna nie sebabnya banyak murid buta IT.. belum
tentu lagi kat rumah dorang ada komputer sebuah.. kalau di sekolah cina
setiap sorang akan dapat guna komputer.. siap ada pakej internet lagi..
wifi mmg laju tapi hanya boleh bukak youtube jee.. tapi tu dikira bagus
sebab banyak boleh belajar dalam youtube contoh experiment2 dalam
sains.. jadi aku haraplah lepasni sekolah melayu di majukan lagi..jujur
aku cakap sekolah jenis cina nie kurang diberi peluang untuk ke hadapan
dari segi pembelajaran.. contoh kalau ada perkhemahan atau apa2 yang
melibatkan pembelajaran sukar untuk diperolehi.. jadi aku pun berharap
lepas nie kerajaan bagilah sama adil , sma rata.. jadi bagi aku setiap
sekolah ada kelebihan dan kekurangan
jangan kecam aku, aku ada hak nak bersuara ok
okay
kalau sekolah cina nie ramai rasau pasal pembelajaran agama, jangan
risau sebab kat sekolah cina pun ada tempat belajar agama.. bagi pelajar
islam akan belajar agama di bilik agama (tergantung kpd sekolah) dan
pelajar bukan islam akan belajar moral di kelas.. jadi jangan kau nak
cakap sekolah cina tak belajar agama.. aku tumbuk gak nanti hehehe..
walaupun sekolah cina tapi dorang masing menghormati agama masing2..
haaa
last sekali, sekolah aku ada pasukan gendang tersendiri.. nama dia
GENDANG 24 MUSIM.. sebenarnya sekolah cina nie banyak yang berbakat..
kalau mcm sekolah aku nie ramai yang berbakat dalam nyayian, dance kpop,
dance kebudayaan, bermain piano, bnyk lagi lah mmg sekolah aku nie
sekolah yang berbakat , tu je aku nak cakap.. aku mmg tabik sekolah aku
nie..
jadi
banyak juga pengalaman aku kat sekolah SMK PAI CHEE ni tapi cukuplah
nie je kalau nak cerita semuanya esok pun belum tentu habis hehehe..
biarlah memory aku kat sekolah ni jadi kenangan dalam diri..
~SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAI CHEE DALAM KENANGAN~
2016 - 2017
thanks bye
Tiada ulasan:
Catat Ulasan